Rabu, 10 Oktober 2012

Kisah Seram Hantu Polong Mengganggu Suzi

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku pada rakan penulis sendiri. Ianya diceritakan sendiri oleh rakan penulis. Berlaku pada tahun 2001. Kisahnya bermula di mana rakan penulis (Suzi) adalah tergolong dalam keluarga bisnes yang berjaya . Bapanya seorang usahawan yang berjaya manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Suzi baru sahaja habis  peperiksan SPM dan sedang menunggu keputusan. Suzi tidur di bilik seorang diri manakala 3 lagi adiknya berada di asrama dan sekali sekala sahaja balik ke rumah. Pada sutu malam ketika Suzi tidur, sekitar jam 1 pagi..pintu bilik Suzi terbuka sendiri. Suzi sangat mengantuk dan membiarkan sahaja apa yang berlaku. Dia hanya memasang telinga apa yang berlaku di sekelilingnya. Kemudian dia mendengar ada orang membuka album gambarnya, majalah dan laian-lain. Seolah-olah ada orang yang berada di sebelahnya. Dia hanya berdiam diri tanpa sepatah kata. Esok malamnya perkara yang serupa juga terjadi pada Suzi. Boleh dikatakan setiap malam gangguan berlaku pada Suzi, tidak kiralah dia tidur bersama adiknya atau sesiapa sahaja. Gangguan masih tetap berlaku.
                Pada suatu malam Jumaat, Suzi melelapkan mata seperti biasa. Tiba-tiba dia terasa sejuk, lalu dia terbangun. Alangkah terperanjatnya Suzi apabila melihat tingkap terbuka luas, tanpa berlengah Suzi berlari mendapatkan ibu bapanya di tingkat bawah. Suzi , ibu & ayahnya dengan jelas mendengar bunyi seakan-akan puting beliung berpusing-pusing di sekeliling rumah. Setelah 10 minit berlalu.., dengan rasa takut mereka bertiga naik ke tingkat atas untuk ke bilik Suzi untuk melihat apa yang berlaku.Tingkap di bilik ditutup oleh bapanya. Suzi diminta tidur di bilik ibu bapanya sementara waktu. Esoknya ibu Suzi mendapati cermin muka di dalam tandas luar hilang tanpa dapat dikesan.
          Malam berikutnya Suzi tidur seperti biasa di dalam biliknya. Tanpa memikirkan apa yang terjadi pada malam sebelumnya. Suzi enak tidur di dalam biliknya dengan leka membaca Majalah Mangga yang baru dibelinya.Leka membelek gosip artis Suzi tertidur sendiri akibat keletihan didapur petang tadi. Tiba-Tiba dia terdengar pintu biliknya terbuka sendiri ...Kreeeekkkkk .
         Ya Allah !!! Astagfirullah Al Azim !!! Auzubillah himinassyaitonirrojim ......Suzi menjerit. Alangkah terkejutnya Suzi melihat dihujung kaki katilnya sebungkus hantu polong yang hangus terbakar mukanya, dengan mata merah menyala yang tersembul keluar mahu menerkam Suzi. Suzi terus menutup muka dengan selimut lalu membaca ayat kursi. Hantu itu terus menyerang Suzi dengan mencekik Suzi sehingga Suzi sesak nafas....dengan sedaya upaya Suzi melawan Hantu Polong tersebut dengan memegang jari jemari hantu tersebut yang sedang mencekik leher Suzi untuk melepaskan diri sambil membaca ayat-ayat Al-Quran sekuat hati. Akhirnya hantu polong tersebut melepaskan Suzi dan malam itu adalah malam terakhir Suzi diganggu dengan makhluk ciptaan Allah tersebut.
               Banyak lagi cerita yang diceritakan Suzi kepada penulis, kerana Suzi mempunyai banyak pengalaman menarik. Suzi juga dianugerahkan Allah indera keenam yang membolehkan Suzi melihat makhluk ghaib tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan